global

Abbas keluar hospital tak lama lagi

Oleh AFP

PRESIDEN Palestin, Mahmud Abbas berkemungkinan besar keluar dari hospital esok selepas seminggu menerima rawatan akibat paru-paru berair.

Pihak berkuasa Palestin sebelum ini berkata Abbas akan keluar dari hospital ada petang Ahad.

Namun, sumber yang rapat dengan Abas berkata hari ini, doktor masih menimbangkan keadaan kesihatan Abbas, 83.

Pelepasannya dari hospital, hari ini “belum disahkan,” sumber itu memberitahu AFP.

Abbas mungkin dibenarkan keluar hari ini atau esok. Berkemungkinan besar esok,” kata sumber yang tidak mahu dikenali itu.

Abbas dimasukkan ke hospital 20 Mei lalu akibat komplikasi susulan pembedahan telinga, termasuk demam panas.

Pihak berkuasa sehingga kini mengesahkan bahawa beliau dirawat akibat masalah paru-paru berair.

Khabar mengenai keadaan kesihatan beliau menjadi spekulasi terutama sekali dengan ketiadaan calon penggantinya.

Gambar dan video Abbas berjalan di dalam wad dan membaca akhbar yang disiarkan lewat Isnin lalu bertujuan meredakan khabar angin bahawa keadaan kesihatannya lebih serius daripada yang dilaporkan.

Berita berkaitan:

Abbas masih di hospital

Disiarkan pada: May 27, 2018 @ 6:21pm
d