global

100 nyawa melayang di Nicaragua

Oleh AFP

MANAGUA: Angka kematian akibat keganasan di Nicaragua terus meningkat kepada hampir 100 mangsa, ketika Presiden Daniel Ortega terus menolak gesaan untuk meletakkan jawatan.

Menurut Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH), pertempuran antara penunjuk perasaan pro dan anti kerajaan yang berlangsung di beberapa bandar kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa, manakala 79 lagi cedera.

Ia menjadikan jumlah mangsa yang maut kepada 98 mangsa sejak gelombang bantahan terhadap Ortega dan parti pemerintah pimpinannya, iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Sandinista bermula pada 18 April lalu.

Lebih 900 penunjuk perasaan dilaporkan cedera.

Bantahan dilaporkan berpunca daripada pembatalan beberapa pembaharuan yang dilaksanakan, selain masalah sistem keselamatan sosial, tetapi ia terus memuncak selepas rakyat Nicaragua menolak pemerintahan Ortega dan isterinya, Naib Presiden, Rosario Murillo yang dianggap bersikap autokratik.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menyambung semula proses rundingan damai anjuran gereja Katolik pada Isnin ini, yang tertangguh sejak minggu lalu.

Disiarkan pada: June 1, 2018 @ 11:18am
d