global

Arab Saudi ancam tindakan ketenteraan terhadap Qatar

Oleh Reuters

PARIS: Raja Salman Arab Saudi mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan jika Qatar memasang sistem pertahanan udara buatan Russia, lapor akhbar Perancis, Le Monde.

Tahun lalu, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar dengan menuduh negara itu menyokong pengganas, namun Doha menafikannya.

Qatar dan Russia memeterai satu perjanjian kerjasama ketenteraan dan teknikal, tahun lalu. Januari lalu, Duta Qatar ke Russia dipetik sebagai berkata, ia sedang berbincang untuk membeli sistem pertahanan peluru berpandu udara S-400 buatan Russia.

Le Monde berkata, Raja Salman mengutus surat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyuarakan kebimbangan terhadap rundingan antara Doha dan Moscow serta kemungkinan Qatar menggunakan sistem pertahanan itu.

“Arab Saudi bersedia untuk mengambil semua langkah perlu untuk menghapuskan sistem pertahanan ini termasuk dengan tindakan ketenteraan,” kata Le Monde memetik surat itu.

Disiarkan pada: June 3, 2018 @ 6:20am
d