global

6 kanak-kanak maut bot pelarian karam

Oleh Reuters

ISTANBUL: Enam kanak-kanak adalah antara sembilan orang yang terkorban semalam, selepas sebuah bot laju yang membawa 15 pelarian karam di wilayah Antalya, pesisir selatan Turki, kata pengawal pantai.

Enam mangsa lain berjaya diselamatkan pengawal pantai dan nelayan. Mereka kemudian dipindahkan ke hospital untuk rawatan, menurut kenyataan pengawal pantai.

Berdasarkan statistik pengawal pantai negara itu, sekurang-kurangnya 26 pendatang maut ketika cuba pergi ke Eropah dari Turki, sejak Januari hingga Mei tahun ini.

Lebih sejuta pendatang, ramai daripada mereka melarikan diri daripada konflik dan kemiskinan di Asia Barat dan Afrika, tiba di Kesatuan Eropah (EU) pada 2015.

Turki adalah salah satu lokasi pelancaran utama perjalanan laut merbahaya yang meragut banyak nyawa.

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 6:27am
d