global

Pengganas dalam kampus di Riau

Oleh Reuters

Jakarta: Polis Indonesia menahan tiga bekas pelajar dalam serbuan di kampus sebuah universiti di Pekanbaru, Sumatera, serta merampas bahan membuat bom dan bahan letupan.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto, dalam kenyataan berkata, suspek lelaki dipercayai merancang menyerang Parlimen tempatan di Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau.

Setyo berkata, ketika serbuan di sebuah fakulti Universiti Riau semalam, polis menjumpai bom paip, bom tangan buatan sendiri serta bahan letupan jenis triaseton triperoksida (TATP), juga dikenali ‘ibu syaitan’.

Katanya, mereka turut merampas sepucuk senapang angin, set panah dan anak panah serta bahan lain seperti baja yang digunakan untuk membuat bom.

Pihak berkuasa menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan semangat pelampau di universiti di negara itu.

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 10:49am
d