global

Asap hitam tebal 'selimuti' London

Oleh AFP

LONDON: Kebakaran tercetus di hotel Mandarin Oriental di London sebentar tadi dan ratusan anggota bomba sudah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang menyebabkan ibu negara British itu diselubungi asap tebal.

Pihak bomba berkata, kira-kira 120 anggota dan 20 jentera bomba terbabit dalam memadamkan kebakaran yang berlaku di atap hotel 12 tingkat itu di Knightsbridge iaitu sebuah kawasan mewah dengan tengah London berhampiran rangkaian Harrods.

“Kebakaran ini menyebabkan banyak asap dan kelihatan amat jelas. Puncanya masih tidak diketahui, setakat ini,” kata perkhidmatan bomba sambil menambah mereka menerima panggilan kecemasan pada 1455 GMT.

Jurucakap hotel itu berkata, pihaknya mengetahui mengenai kebakaran di Mandarin Oriental Hyde Park di London dan mengesahkan jentera bomba berada di lokasi.

“Kami tidak mempunyai maklumat untuk dikongsikan buat masa ini, namun akan memaklumkan apa-apa perkembangan pada kadar segera,” katanya.

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 5:41am
d