global

Tiada lagi celoteh Bourdain

Oleh AFP

New York: Cef selebriti dan pengkritik makanan, Anthony Bourdain yang terkenal menerusi rancangan bersiri ‘Parts Unknown’, meninggal dunia pada usia 61 tahun selepas membunuh diri, lapor rangkaian televisyen CNN.

Dalam kenyataan, rangkaian itu berkata: “Dukacita kami mengesahkan kematian rakan sejawat dan sahabat kami, Anthony Bourdain.

“Semangatnya untuk mengembara, bersahabat, makan dan minum yang lazat serta kisah menakjubkan dari seluruh dunia menjadikannya penglipur yang unik.

“Bakatnya sentiasa mengagumkan kami dan kami akan merinduinya.

“Takziah dan ucapan doa untuk anak perempuan serta keluarganya pada waktu mencabar ini.”

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 8:55pm
d