global

Mesyuarat tergempar UNGA bincang isu Gaza

Oleh AFP

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini pada jam 3.00 waktu tempatan untuk mengundi resolusi disokong negara Arab mengenai Gaza, kata presiden badan itu, Miroslav Lajcak.

Resolusi itu mengutuk Israel dan sama dengan yang dibatalkan Amerika Syarikat dalam Majlis Keselamatan minggu lalu, yang menggesa penduduk Palestin dilindungi daripada serangan Israel, kata diplomat.

Ia diumumkan ketika empat lagi penduduk Palestin dibunuh tentera rejim di sempadan Gaza semalam, apabila pertempuran dengan penunjuk perasaan berterusan.

Resolusi yang diluluskan UNGA tidak mempunyai nilai undang-undang, tidak seperti yang diluluskan Majlis Keselamatan.

“Kami akan berusaha minggu depan untuk mendapatkan bilangan undian maksimum,” kata diplomat dari negara yang menyokong langkah itu.

Sumber diplomatik berkata, mesyuarat tergempar didesak oleh Pertubuhan Negara Islam dan Liga Arab.

Negara Arab beralih kepada UNGA Disember ini selepas AS menggunakan kuasa veto ke atas undian Majlis Keselamatan mengenai resolusi untuk mengutuk keputusannya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Empat belas negara anggota Majlis Keselamatan menyokong resolusi Disember itu, walaupun AS selain empat lagi anggota tetapi majlis berkenaan mempertahankan hak mereka untuk mengundi.

Ketika itu, resolusi berkenaan mendapat 128 undian daripada 193 di UNGA.

Disiarkan pada: June 9, 2018 @ 11:21am
d