global

Jong-un kembali ke Pyongyang

Oleh Reuters

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un sudah selamat tiba di Pyongyang pada awal pagi semalam, selepas menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Singapura pada Selasa lalu, lapor agensi berita rasmi Korea Utara.

Mengikut laporan, Jong-un dipercayai singgah di Beijing untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dan memberi taklimat berhubung hasil Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara.

Berikutan itu, perjalanan pesawat yang membawa delegasi Korea Utara itu dipantau rapi oleh pihak media antarabangsa.

Disiarkan pada: June 14, 2018 @ 11:34am
d