global

Hilang nyawa dihempap keranda ibu

Oleh AFP

Makassar (Indonesia): Lelaki maut selepas ditimpa keranda ibunya ketika upacara pengebumian wanita itu di Sulawesi Selatan.

Dalam kejadian di Parinding, Kecamatan Sesean, Kabupaten Toraja Utara, Jumaat lalu, Samen Kondorura, 40, terbunuh selepas pengusung keranda ibunya yang dikenali sebagai Berta, jatuh ketika mengangkatnya menaiki tangga buluh ke menara lakkean iaitu tempat si mati sepatutnya diletakkan.

Ketua polis Tana Toraja, Julianto Sirait berkata: “Ketika keranda itu diangkat ke lakkean, tangga digunakan tiba-tiba beralih dan runtuh.

“Akibatnya, keranda itu jatuh dan menimpa mangsa.”

Video kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan tangga itu beralih ketika keranda dimasukkan ke dalam menara berkenaan menyebabkan pengusungnya terjatuh beberapa meter ke tanah.

Mangsa juga jelas dilihat dihempap keranda terbabit sebelum diisytiharkan mati di hospital.

Disiarkan pada: June 17, 2018 @ 5:47pm
d