global

Feri karam di Tasik Danau Toba

Oleh Reuters

SEORANG mangsa maut sementara puluhan mangsa dilaporkan hilang, selepas feri karam di Tasik Danau Toba, Indonesia semalam, kata pegawai agensi bencana.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana (BNPT), Sutopo Purwo Nugroho menerusi Twitter berkata, 18 mangsa berjaya diselamatkan, setakat ini.

Katanya, feri dikendalikan syarikat Sinar Bangun itu karam akibat keadaan cuaca teruk pada 5.30 petang berhampiran kawasan Prapat, ketika sedang membawa kira-kira 80 penumpang dari Pulau Samosir di tasik terbabit.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 12:57am
d