global

Israel 'takut' penderma sperma 'super'

Oleh Agensi

ISRAEL mengharamkan mana-mana pihak daripada menggunakan sperma yang diderma oleh ‘penderma super’, Ari Nagel, lapor New York Post (NYT) yang dipetik akhbar Haaretz.

Nagel, 42, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, terkenal sebagai penderma sperma yang menghasilkan 33 bayi sejak 10 tahun lalu di seluruh Amerika Syarikat termasuk Maryland, Orlando dan New York.

Sperma yang didermanya di Israel juga membantu wanita di sini mendapat anak dengan 10 lagi bayi dijangka dilahirkan daripada ‘dermanya’ itu, tahun ini.

Nagel berkata, dia menderma percuma kepada wanita yang tidak mampu mendapatkan daripada bank sperma kerana suka melihat ‘kegembiraan di wajah wanita dan anak mereka.’

Bagaimanapun, rekodnya dipandang serong oleh Kementerian Kesihatan Israel. Disember lalu, seorang wanita berusia 43 tahun yang mendapatkan sperma Nagel selepas membawanya ke klinik persendirian dimaklumkan bahawa ‘derma’ itu sudah dimusnahkan dan sumbangan lelaki itu tidak dapat disimpan di situ.

Wanita itu kemudian menerima surat daripada Kementerian Kesihatan yang menjelaskan semua bank sperma di Israel diarah tidak menyimpan ‘derma’ Nagel dalam peti sejuk mereka.

Undang-undang Israel menetapkan penderma mestilah tidak dikenali identitinya kecuali mereka menandatangani dokumen untuk menjadi penjaga bersama anak itu dengan ibunya.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 3:30pm
d