global

23 korban MERS di Arab Saudi

Oleh Reuters

GENEVA: Seramai 23 orang maut di Arab Saudi kerana terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) antara 21 Januari hingga 31 Mac tahun ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

Bilangan korban itu adalah antara 75 kes MERS coronavirus (MERS-CoV) disahkan makmal dalam tempoh itu menjadikan angka kematian keseluruhan penyakit itu kepada 790 sejak mula dikesan menjangkiti manusia pada 2012, kata agensi itu, semalam.

Ia juga menjadikan angka kes yang disahkan kepada 2,220 sejak September 2012 dengan 1,844 bertempat di Arab Saudi.

Dalam satu tempoh jangkitan pada Februari lalu, di sebuah hospital swasta di wilayah Hafer Albatin, seorang pesakit menyebarkan MERS kepada tiga pekerja kesihatan.

Dalam bulan yang sama, enam lagi kes dilaporkan di sebuah hospital di Riyadh meskipun tiada pekerja kesihatan yang dijangkiti.

Dua lagi kawasan jangkitan membabitkan kota Jeddah dan Najran, membabitkan beberapa rumah penduduk.

MERS-CoV adalah satu rangkaian virus meliputi selesema hingga sindrom pernafasan akut serius (SARS) dan mula dikesan pada orang ramai di Arab Saudi pada 2012 meskipun mulanya dikesan pada unta, punca jangkitan, sejak 1983.

Simpton penyakit itu sukar dikesan, sebahagiannya keraja ia menjangkiti mangsa yang sudah menghidap sakit lain termasuk kencing manusia, masalah buah pinggang atau jantung.

Bagaimanapun, ia membunuh seorang setiap tiga orang yang dijangkiti dan pekerja hospital paling berisiko kecuali ia dapat dikesan lebih awal.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 12:08am
d