global

5 cedera letupan kecil stesen kereta api

Oleh AFP

LIMA pengguna sebuah stesen kereta api bawah tanah di London cedera akibat satu letupan kecil namun keadaan mereka dilaporkan tidak membimbangkan.

Polis Britain berkata, letupan itu dipercayai berlaku akibat litar pintas pada sistem pendawaian.

Menurut polis, mereka diberitahu mengenai letupan di stesen Southgate itu menerusi satu panggilan telefon malam tadi.

Susulan itu, pasukan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dan stesen terbabit ditutup kepada pengguna buat sementara.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar letupan walaupun ia hanya sekadar letupan kecil. Kami juga tidak dimaklumkan jika ada mangsa mengalami kecederaan serius.

“Kami percaya ia bukan perbuatan pengganas,” kata polis pengangkutan Britain menerusi satu kenyataan di Twitter.

Pasukan Scotland Yard menerusi satu kenyataan tidak lama kemudian berkata, kejadian terbabit dipercayai diakibatkan oleh litar pintas pada bateri digunakan.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 8:39am
d