global

PM New Zealand tunggu masa

Oleh AFP

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dilaporkan sudah menyerahkan segala tugas kepada timbalannya, sebelum tiba di hospital untuk bersalin.

Ardern, 37, yang mengambil alih pentadbiran New Zealand pada Oktober lalu, adalah pemimpin kedua di dunia yang melahirkan anak ketika memegang jawatan perdana menteri.

Beliau mengikut jejak langkah Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang melahirkan anak pada 1990 ketika masih memegang jawatan berkenaan.

Menurut pejabat Perdana Menteri New Zealand, jawatan berkenaan kini dipangku timbalannya, Winston Peters.

Sementara itu, Ardern dilaporkan akan mengambil cuti bersalin selama enam minggu.

Pada awalnya, beliau dijangka bersalin pada 17 Jun lalu dan sehingga kini Ardern serta pasanganya, Clarke Gayford masih belum mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya.

Disiarkan pada: June 21, 2018 @ 9:01am
d