global

Kenal pasti kedudukan bot karam

Oleh Reuters

PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) menemui bot kayu membawa hampir 200 penumpang yang karam di Danau Toba, Sumatera dalam cuaca buruk Isnin lalu.

Pengarah Eksekutif PT Mahakarya Geo Survey, Nanang Henky Suharto, syarikat terbabit dalam pencarian itu berkata, tinjauan hidrografi mengenal pasti kedudukan bot kayu itu pada kedalaman 450 meter dalam air, tidak jauh dari tempat ia tenggelam.

“Kami menemui kedudukan disyaki,” kata Nanang selepas tinjauan itu mengesan struktur bawah air sama dengan binaan bot.

Nanang berkata, siasatan lanjut dengan mengerah penggunaan dron bawah air diperlukan bagi mengesahkan penemuan itu.

“Disebabkan ia terlalu dalam, penyelam tidak dapat meneruskan pencarian,” katanya.

Penyelam hanya mampu menyelam pada kedalaman maksimum 40 meter, tambahan pula tasik gunung berapi itu tidak pernah diterokai sebelum ini.

Disiarkan pada: June 24, 2018 @ 10:29pm
d