global

Rakyat Malaysia simpan video lucah dihalau

Oleh AFP

PELANCONG Malaysia dihalau keluar dari Australia, hari ini selepas rakaman video ‘kekejaman seksual melampau dan keganasan ngeri’ dijumpai dalam telefon bimbit miliknya ketika pemeriksaan rutin bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang tidak dedahkan nama, tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur, Rabu lalu ketika bahan yang mengejutkan itu ditemui.

Dia kemudiannya berada di bawah tahanan imigresen dan dihantar pulang hari ini selepas visa pelancongannya dibatalkan dan telefon bimbitnya dirampas.

Panglima serantau Angkatan Sempadan Australia untuk Australia Barat, Mark Silson berkata, video itu sangat kejam dan melanggar peraturan Australia, tanpa memberikan butiran gambar.

“Rakaman video itu menggambarkan kejahatan seksual melampau dan keganasan yang mengerikan tidak dapat diterima dalam masyarakat kami. Sesiapa yang didapati melakukannya berdepan risiko tidak dibenarkan berada di negara ini.

“Pelancong yang melawat Australia perlu berhati-hati kerana kami sentiasa menjalankan pemeriksaan bahan terlarang dan sebagai tambahan gambar mengerikan yang mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya.

Pada Mac lalu, seorang lelaki Malaysia turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas dia didapati menyimpan 900 gambar dan video lucah kanak-kanak di dalam komputer riba dan telefon bimbit.

Disiarkan pada: July 13, 2018 @ 6:41pm
d