global

19 pendatang lemas

Oleh AFP

SEKURANG-kurangnya 19 pendatang lemas manakala 30 lain hilang semalam selepas bot dinaiki mereka karam di Laut Mediterranean di utara Cyprus, kata pasukan keselamatan tempatan.

Bot terbabit membawa 150 orang dilaporkan warga Syria apabila ia karam di luar pantai pulau berpecah Turki-Cyprus.

Lebih 100 orang menyertai operasi menyelamat bersama oleh pengawal pantai Turki Cyprus dan Turki selepas bot terbabit karam di luar perkampungan Gialousa (Yeni Erenkoy di Turki) di semenanjung Karpas.

Pasukan keselamatan Turki Cyprus (GKK) dalam satu kenyataan berkata, sekurang-kurangnya 19 lemas serta 25 hingga 30 lain masih hilang.

Pengawal pantai Turki dalam satu kenyataan berkata, nahas berlaku kira-kira 30 kilometer di luar pantai di utara Cyprus dengan 103 pendatang diselamatkan.

GKK menambah, seorang mangsa dibawa menaiki helikopter ke Cyprus dalam keadaan tenat manakala 102 lain dibawa menaiki bot ke pelabuhan Tasucu di rantau selatan Mersin, Turki, lapor agensi berita Anadolu.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 8:08am
d