global

Remaja gua akhirnya pulang rumah

Oleh Reuters

CHIANG RAI: Budak lelaki Thailand yang diselamatkan selepas terperangkap dalam gua, bangun tidur kali pertama di rumah sendiri selepas tiga minggu, kebanyakannya bangkit awal untuk menyertai upacara keagamaan.

Semua 12 remaja berusia 11 hingga 16 tahun dan jurulatih bola sepak berusia 25 tahun, dibenarkan keluar dari hospital di wilayah utara di sini, semalam sebelum membuat kemunculan pertama di khalayak ramai.

Ketika muncul di televisyen tempatan, mereka melemparkan senyuman, saling bergurau dan menunjukkan sokongan antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman terperinci penuh trauma ketika berada dalam gua Tham Luang yang dinaiki air.

Kebanyakan remaja itu berasal dari daerah terpencil Mae Sai, dekat sempadan Myanmar.

Mereka disambut dengan pelukan, tangisan dan senyuman daripada keluarga dan rakan yang menunggu kepulangan sejak semalam.

Ada juga disambut simbahan air ketika memasuki rumah.

Hari ini, sesetengah remaja dan keluarga mereka mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di Kuil Wat Pha That Doi Wao, Mae Sai, kuil lama dengan pemandangan indah di kawasan luar bandar.

Kumpulan wartawan tidak dibenarkan menghampiri remaja terbabit dan keluarga mereka sepanjang berada di kuil.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 12:24pm
d