global

Dua perkampungan selesai pindah

Oleh Reuters

BEIRUT: Pemindahan ribuan penduduk dari dua perkampungan Syria yang ditawan pemberontak di barat laut negara itu selesai, lapor media tempatan hari ini dengan kerajaan dijangka membebaskan ratusan tahanan sebagai balasan.

Akhbar tempatan Syria, al-Ikhbariya TV berkata, semua bas sudah meninggalkan al-Foua dan Kefraya menjelang pagi ini, menjadikan dua perkampungan Syiah itu, lengang.

Al-Ikhbariya berkata, bas terbabit melalui wilayah ditawan pemberontak dan masih belum sampai ke pusat pemeriksaan kerajaan sejauh 30 kilometer dari perkampungan itu.

Lebih 100 bas tiba semalam untuk membawa penduduk dan pejuang dari perkampungan ke wilayah berhampiran milik kerajaan di Aleppo.

Pemindahan bermula dengan ambulans membawa keluar penduduk yang sakit ke pusat pemeriksaan kerajaan sebelum kira-kira 121 bas beredar dari perkampungan terbabit.

Al-Ikhbariya TV berkata, 10 ambulans membawa sejumlah pesakit kritikal meninggalkan perkampungan berkenaan.

Perkampungan itu dikepung selama bertahun pemberontak Sunnah dalam wilayah Idlib, kawasan utama terakhir ditawan pemberontak di Syria. Presiden Bashar al-Assad yang mara menentang pemberontak di barat daya, berikrar untuk menawan seluruh negara itu.

Kira-kira 7,000 penduduk dijangka meninggalkan dua perkampungan. Pemindahan penduduk menjadi pemandangan biasa dalam perang tujuh tahun di Syria. Konflik itu mengorbankan anggaran setengah juta penduduk dan mendorong 11 juta diusir dari rumah.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 3:15pm
d