global

Kamera 'speed trap' rakam aksi si bogel

BERLIN: Kamera pengesan had laju polis Kiel di utara Jerman merakam kejadian aneh iaitu seorang lelaki berbasikal hanya memakai kasut dalam keadaan berbogel.

Mungkin cuaca panas yang melanda Eropah kini menyebabkan lelaki terbabit mengambil keputusan berbasikal tanpa berpakaian dalam kejadian, jam 11.30 malam, 21 Julai lalu.

Had laju di kawasan itu ialah 30 kilometer sejam, namun lelaki berkenaan mengayuh basikalnya selaju 47 kilometer sejam menyebabkannya dirakam kamera terbabit.

Menurut laporan media tempatan, Kieler Nachtrichten, lelaki itu bernasib baik tidak dikenakan saman kerana memandu laju berikutan gagal mengesan identitinya.

Jerman membenarkan penduduk berbogel, tetapi hanya di kawasan tertentu, seperti pantai yang dikhaskan, namun bukan di jalan raya. - Agensi

Disiarkan pada: July 30, 2018 @ 9:49pm
d