global

Jerung dalam kereta sorong bayi

Oleh AFP

POLIS Texas berjaya menemui semula jerung kecil yang diseludup keluar dari akuarium dalam kereta sorong bayi oleh tiga pencuri dan menahan seorang daripada suspek.

Polis menemui jerung itu kelmarin, dua hari selepas dicuri dari Akuarium San Antonio dalam kecurian nekad.

Tiga pencuri yang dirakam video keselamatan memindahkan ia dari tempat pameran, meletakkan ia di dalam baldi dan menyeludup keluar dengan kereta sorong bayi.

Mereka melarikan diri dengan trak merah.

Polis menemui trak itu dan maklumat membantu mereka mengesan kenderaan itu kelmarin di rumah Antone Shannon, menurut laporan San Antonio Express-News.

Lelaki berusia 38 tahun itu mengaku melakukan jenayah berkenaan dan didakwa mencuri.

“Dia memiliki banyak haiwan marin di rumah, sangat tahu apa yang dilakukannya,” kata Ketua Polis Leon Valley, Joseph Salvaggio, kepada wartawan kelmarin.

Jerung berkenaan berada dalam keadaan baik dan dikuarantin.

Disiarkan pada: August 1, 2018 @ 9:55am
d