global

'Anak patung' rupanya bukan bayi...

Oleh Daily Mail

Tegucigalpa (Honduras): Wanita berpura-pura bersalin mendakwa ‘bayi’ dikandungnya mati kerana tidak mahu pasangan ‘angkat kaki’ meninggalkannya.

Malah, dia turut mengadakan majlis pengebumiannya tetapi penipuan itu terbongkar apabila anak patung plastik ditemui dalam keranda.

Rosa Castellanos Diaz dari El Coyolar dilaporkan meyakinkan rakan dan keluarga mengenai kehamilannya selama sembilan bulan malah mendakwa bayi terbabit kembar.

Dia menaiki bas ke Honduras, Jumaat minggu lalu kononnya untuk melahirkan anak di Hospital Escuela namun pada malam sama memaklumkan teman lelakinya, Melvin Mendoza bahawa salah seorang kembar terbabit meninggal dunia.

Rosa pulang keesokan hari membawa keranda putih kecil tetapi tidak membenarkan sesiapa membuka kotak berkenaan.

Apabila disoal, wanita itu mendakwa seorang lagi anak mereka dijaga pihak hospital.

Majlis pengebumian terbongkar apabila beberapa rakan Mendoza curiga dengan kenyataan wanita itu, menggali kubur berkenaan.

Rakan Mendoza, Ismael Mejia memberitahu akhbar El Heraldo : “Semua kelihatan tidak kena, jadi pada malam itu juga kami ke perkuburan menggali kubur anaknya. Alangkah terkejutnya apabila mendapati ia hanya patung yang dipakaikan baju bayi”.

Disiarkan pada: August 2, 2018 @ 9:08pm
d