global

Kuari meletup korbankan 11 pekerja

Oleh AFP

SEKURANG-kurangnya 11 pekerja terbunuh dan empat lagi cedera selepas stok dinamit yang disimpan terbakar dan meletup di sebuah kuari granit di selatan India, kata pegawai hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, sejumlah 16 orang berada di dalam kuari berkenaan apabila letupan berlaku Jumaat lalu di Andhra Pradesh.

Polis berkata, sebuah bilik yang menyimpan dinamit untuk meletupkan lubang di dinding batu kuari terbakar.

“Susulan letupan itu, api mula merebak dan memusnahkan beberapa struktur dan mesin di dalam kuari,” kata pegawai polis J. Gopinath kepada AFP.

Sejumlah 10 mayat ditemui di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital, kata pegawai itu.

Polis kini sedang menyiasat punca kejadian.

Disiarkan pada: August 4, 2018 @ 4:52pm
d