global

Solat Subuh berjemaah dapat basikal

Oleh ilmfeed

REMAJA berusia bawah 16 tahun akan menerima basikal gunung (mountain bike) percuma apabila solat Subuh berjemaah di masjid Qamrul Islam, Birmingham, England selama 28 hari berturut-turut.

Sukarelawan dikenali Imran berkata, mereka mendapat idea hasil inisiatif masjid daerah Fatih di Turki yang menghadiahkan basikal kepada anak muda yang solat berjemaah di masjid selama 40 hari.

“Reaksi serta sambutan masyarakat terhadap program bermula awal bulan hingga hujung bulan ini di luar jangkaan.

“Inisiatif dibuat turut mendorong masjid-masjid tempatan di tempat lain untuk mengikut jejak mereka,” katanya.

Dia berharap usaha dibuat akan menggalakkan lebih ramai remaja agar solat berjemaah di masjid selepas ini.

Selepas solat, imam masjid akan menyampaikan nasihat selama beberapa minit sebagai peringatan kepada mereka agar memperbaiki diri.

Malah, ucapan beliau turut mengajak mereka supaya menjauhkan diri daripada masalah ketika musim panas berikutan banyak kejadian jenayah menggunakan kekerasan dan senjata tajam.

Setakat ini, usaha itu berjaya menarik seramai 12 remaja untuk mengikuti solat Subuh di masjid terbabit.

Disiarkan pada: August 4, 2018 @ 11:04pm
d