global

Luna Maya, Cut Tari belum bebas

Oleh Agensi

Jakarta: Mahkamah di sini, hari ini, mengekalkan dua artis terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari, sebagai suspek kes video lucah mereka dengan penyanyi Ariel Noah lapan tahun lalu.

Menurut laporan media Indonesia, mahkamah di Jakarta Selatan menolak permohonan Lembaga Pengawasan dan Pengawalan Undang-Undang Indonesia (LP3HI) untuk menggugurkan kedua-dua mereka sebagai suspek dengan alasan tiada perkembangan siasatan.

Menurut laporan Liputan 6, Ketua Majlis Hakim, Florensani Susana, ketika membacakan keputusan berkata: “Permohonan pengecualian bagi perkara itu tidak dapat diterima.

“Sehingga saat ini juga, polis belum mengeluarkan surat menghentikan siasatan dan proses siasatan masih berjalan.”

Detik News melaporkan, wakil LP3HI, Kurniawan Adi Nugroho tidak terkejut dengan keputusan itu namun mendesak pihak terbabit tidak terlalu zalim memandangkan status mereka tergantung selama lapan tahun.

Walaupun ditolak, menurutnya, polis perlu memutuskan segera nasib kedua-dua artis terbabit supaya nama mereka tidak terus dikaitkan dengan kes berkenaan.

Disiarkan pada: August 7, 2018 @ 8:29pm
d