global

Imam khusyuk solat pendakwah Yaman

Oleh Agensi

IMAM yang popular selepas video menunjukkan dia tetap meneruskan solat ketika gempa bumi kuat melanda Indonesia baru-baru ini dikenal pasti sebagai pendakwah Yaman, Sheikh Arafat Mahnabi Al Yamani.

Identiti imam berkenaan didedahkan oleh pihak pengurusan masjid Asyuhada di Denpasar, Bali lokasi video berkenaan dirakamkan.

Pihak pengurusan masjid itu ketika ditemuramah TV One memberitahu, mereka membuat rakaman video kerana pada malam berkenaan ada sesi kuliah dan program itu akan disiarkan secara langsung melalui Facebook.

“Sheikh Arafat bukanlah imam tetap di masjid ini tetapi dia datang untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah.

“Menurut cerita yang kami dengar, Sheikh Arafat suka bermusafir dan dia boleh tiba-tiba datang dan pergi mengikut kehendaknya,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan masjid memberitahu, Sheikh Arafat enggan ditemuramah kerana bimbang ia bakal menimbulkan riak.

Berita berkaitan:

Khusyuk imamkan solat ketika gempa

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 10:27pm
d