global

10 peminat Barcelona S.C maut

Oleh AFP

SEPULUH maut, manakala 35 lagi mangsa cedera selepas bas yang membawa peminat kelab bola sepak terkenal di Ecuador, Barcelona S.C, dilaporkan terbalik selepas menyaksikan satu kejohanan tempatan.

Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Ecuador, bas terbabit dalam perjalanan dari Cuenca menuju ke bandar di pesisiran pantai, Guayaquil, iaitu lokasi operasi kelab berkenaan.

“Bas berkenaan dipercayai terbabas lalu terbalik,” kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Ecuador dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Kelab Barcelona S.C, Jose Francisco Cevallos, yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, dalam ciapan di Twitter berkata: “Kami menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan sekumpulan peminat, ia satu berita yang amat menyedihkan”.

Pihak berkuasa berkata, bas itu lulus pemeriksaan keselamatan yang dijalankan baru-baru ini.

Disiarkan pada: August 13, 2018 @ 12:34pm
d