global

Trump sokong boikot Harley-Davidson

Oleh AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyokong tindakan memboikot Harley-Davidson berikutan rancangan pengeluar motosikal itu mahu memindahkan lokasi pengeluarannya ke luar negara berikutan dikenakan tarif.

“Ramai pemilik Harley Davidson bercadang memboikot syarikat itu jika pengeluarannya dipindahkan ke luar negara. Bagus!

“Banyak syarikat mula menyokong kami, termasuk syarikat pesaing Harley,” kata Trump menerusi Twitter.

Trump bertindak demikian selepas syarikat berpangkalan di Wisconsin itu mengumumkan pada Isnin lalu, keputusannya untuk memindahkan beberapa operasi pengeluaran ke luar Amerika Syarikat.

Harley-Davidson menjadi sasaran selepas Trump menguatkuasa beberapa kadar duti yang ketat terhadap import besi dan aluminium dari Kesatuan Eropah.

Malah, beberapa syarikat di Amerika Syarikat turut mengemukakan aduan perniagaan mereka terjejas berikutan pelaksanaan beberapa dasar tarif oleh pentadbiran Trump.

Bagaimanapun, Trump menganggap isu itu sebagai satu bentuk ujian kesetiaan mereka kepada negara.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 10:35am
d