global

Brazil rampas 1.3 tan kokain

Oleh AFP

SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil berjaya merampas 1.32 tan metrik kokain dari sebuah kapal yang didaftarkan di Itali, yang berlabuh di pelabuhan utama negara itu, iaitu Santos, di sini.

“Kesemua dadah itu ditemui dalam bentuk 1,202 tablet, yang diisi dalam 41 bungkusan di dalam dua bekas berasingan di atas kapal Grande Francia, yang tiba dari Argentina,” kata jurucakap jabatan kastam.

Menurut laman web berita G1, pada Ahad lalu, kapal berkenaan diserang lanun, namun tidak diketahui sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan penemuan dadah berkenaan.

Bagaimanapun, polis persekutuan di Santos, mengesahkan insiden serangan lanun terbabit, tetapi ia menyasarkan kapal lain.

“Kami sedang menyiasat kes ini,” kata polis dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, jabatan kastam berkata, pihaknya berjaya merampas 13,518 kilogram dadah dalam 27 operasi sepanjang tahun ini di pelabuhan Santos.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 10:58am
d