global

'Sun Child' simbol harapan

Oleh AFP

ARCA gergasi kanak-kanak memakai sut radiasi di bandar raya Fukushima mencetuskan kritikan atas talian ketika bandar yang terjejas akibat kebocoran nuklear itu berusaha membina semula reputasinya.

Dinamakan ‘Sun Child’, tugu setinggi 6.2 meter itu ditonjolkan memakai sut perlindungan kuning dengan paparan digital pada dada menunjukkan ‘000’, sebagai simbol tiada pencemaran nuklear, didirikan bulan ini berhampiran stesen kereta api bandar raya itu.

Ia memegang topi keledar dengan sebelah tangan, menunjukkan udara selamat disedut, dan tangan sebelah lagi menunjukkan simbol matahari, mewakili harapan dan tenaga baru.

Pengukirnya, artis Jepun Kenji Yanobe, menegaskan tugu itu sebagai simbol harapan tetapi pengkritik berkata, ia tidak peka kepada nasib Fukushima ketika ia berterusan bergelut dengan pencemaran radioaktif susulan kebocoran pada 2011.

“Saya melihat ‘Sun Child’ yang dihasilkan Yanobe. Ia amat menakutkan.

“Saya rasa ia mempermainkan kita dan semua usaha dilakukan Fukushima untuk memadamkan kerosakan reputasi,” kata seorang pengguna Twitter.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 3:55pm
d