global

Guna pesawat 'serang' isteri

Guna pesawat ‘serang’ isteri

Utah (Amerika Syarikat): Seorang lelaki maut selepas merempuh kediamannya sendiri menggunakan pesawat ringan dalam serangan dipercayai menyasarkan isteri serta anak lelakinya, lapor media.

Duane Youd, 47, menerbangkan pesawat Cessna Citation Jet 525 itu dari lapangan terbang berhampiran, namun isterinya Sandy dan anak lelaki mereka, Parker, 17, yang berada di dalam kediaman mereka sempat melarikan diri sebelum rumah dua tingkat itu dirempuh dan terbakar, lapor Daily Mail.

Hanya beberapa jam sebelum itu, Youd ditangkap selepas saksi menghubungi polis selepas melihatnya menyerang isterinya sekitar jam 7.30 malam.

Youd dilepaskan dengan jaminan sebelum lelaki itu mengambil pesawat terbabit dari Lapangan Terbang Fork-Springville, kira-kira 24 kilometer dari kejiranannya dan merempuh rumahnya pada jam 2.30 pagi.

Jurucakap polis Sarjan Noemi Sandoval berkata, pesawat itu dipercayai milik majikan Youd. Menurut akaun Facebook Youd, dia juruterbang MedEvac yang antara lain menyediakan perkhidmatan ambulans udara. - Agensi

http://www.dailymail.co.uk/news/article-6055389/Utah-man-crashes-plane-h...

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 5:07pm
d