global

Maut terkena rotor helikopter

Oleh AFP

KATHMANDU: Seorang pelancong India meninggal dunia selepas terkena rotor ekor helikopter ketika berada di helipad, di kawasan pedalaman dekat sempadan China, kata seorang pegawai tempatan.

Lelaki berusia 42 tahun itu turun dari helikopter di Hilsa, tapak ziarah yang popular di negara jiran, Tibet - ketika kemalangan itu berlaku.

“Ekor rotor terkena di bahagian kepala sebaik saja dia turun daripada helikopter dan meninggal dunia serta-merta,” kata ketua polis daerah, Gahendra Bahadur Bogati.

Juruterbang helikopter menggambarkan tahap keselamatan di helipad Hilsa adalah ‘sifar’.

“Terdapat cara pengurusan di tapak itu yang tidak selamat, terutama kawalan keselamatan orang ramai di kawasan helipad,” kata juruterbang yang tidak mahu dikenali.

Beribu-ribu warga India mengunjungi Nepal melalui Gunung Kailash di Tibet setiap tahun, untuk menziarah tapak suci untuk penganut Hindu dan Buddha.

Disiarkan pada: August 15, 2018 @ 2:07am
d