global

Didakwa minta habuan seks daripada rahib

Oleh Reuters

SALAH seorang sami paling kanan di China meletak jawatan sebagai ketua persatuan Buddha negara itu hari ini selepas berhadapan siasatan berhubung tuduhan salah laku seksual.

Ketua Kuil Longquan di pinggir Beijing, yang juga anggota badan penasihat politik Parti Komunis, menafikan tuduhan mengganggu dan meminta habuan seks daripada beberapa rahib.

Persatuan Buddha China berkata dalam kenyataan di laman webnya bahawa ia menerima peletakan jawatan Master Xuecheng sebagai pengerusi dan beberapa kedudukan lain hari ini, tanpa memberikan alasan.

Pentadbiran hal ehwal agama China melancarkan siasatan berhubung tuduhan terhadap Xuecheng dalam dokumen yang disediakan dua sami di kuil itu.

Xuecheng menafikan perkara itu menerusi akaun Weibo, berkata tuduhan itu berasaskan ‘berita palsu’ dan ‘fakta yang diseleweng’.

Kes itu adalah antara yang paling menonjol sejak pergerakan #MeToo mencapai kemuncak di China.

Pergerakan itu bermula di China pada Disember lalu dan hashtag #MeToo setakat ini sudah muncul berjuta kali di Weibo.

Walaupun isu seperti serangan seksual selalunya didiamkan, pergerakan itu mengubah pemikiran generasi muda China.

Disiarkan pada: August 15, 2018 @ 4:06pm
d