global

Aretha Franklin sudah tiada

Oleh Reuters

NEW YORK: Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Soul kerana kelantangan suara, Aretha Franklin, meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun, lapor Associated Press.

Beliau menghasilkan lagu popular seperti Respect dan Chain of Fools.

Franklin, yang menang 18 Grammy dan mempunyai 25 rekod emas, meninggal dunia di rumah di Detroit, menurut AP, memetik kenyataan pegawai publisiti penyanyi itu.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 11:31pm
d