global

Pesawat terima ancaman bom mendarat cemas

Oleh Reuters

SANTIAGO (CHILE) : Empat pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Chile dan Peru semalam susulan ancaman bom yang diberikan terhadap Lembaga Penerbangan Awam Chile.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pihak berkuasa penerbangan itu berkata, empat pesawat itu masing-masing milik LATAM Airlines and Sky, iaitu syarikat penerbangan tambang murah Chile.

Kesemua pesawat berkenaan kemudian diarahkan menjalani pemeriksaan keselamatan termasuk ke atas penumpang, bagasi dan kabin oleh polis dan pasukan keselamatan lapangan terbang.

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 9:43am
d