global

Aretha Franklin disemadikan 31 Ogos

Oleh Reuters

DETROIT: Majlis pengebumian penyanyi Aretha Franklin dijadualkan pada 31 Ogos ini di Detroit, selepas kerandanya dipamerkan selama dua hari.

Mayat beliau akan disemadikan di perkuburan anggota keluarganya, kata saudara penyanyi itu menerusi pegawai publisiti.

Franklin, yang dikenali sebagai ‘Ratu Soul’ dengan lagu popular seperti ‘Respect’ dan ‘Chain of Fools’, meninggal dunia di rumahnya di Detroit pada usia 76 tahun kelmarin selepas bertarung dengan barah pankreas.

Pemenang anugerah Grammy itu, yang dilahirkan di Memphis, Tennessee, membesar di Detroit selepas berpindah ke situ ketika remaja bersama-sama keluarganya dari Buffalo, New York.

Franklin bermula sebagai penyanyi dalam pertunjukan gereja bapanya ketika masih remaja.

Mayat Franklin akan disemadikan di Perkuburan Woodlawn di Detroit selepas majlis yang diadakan pada pagi 31 Ogos ini di Kuil Greater Grace berhampiran, tetapi kehadiran cuma dihadkan kepada keluarga dan rakannya.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 12:11pm
d