global

Mangsa Muslim turut dihormati di Genoa

Oleh AFP

LAUNGAN “Allahu Akbar” turut didengar ketika majlis pengebumian di bandar Genoa, Itali untuk mangsa jambatan runtuh yang turut termasuk dua Muslim berketurunan Albania.

Mereka antara sekurang-kurangnya 38 orang yang maut dalam nahas Selasa lalu itu.

Seorang imam dijemput menyertai majlis berkenaan, sesuatu yang istimewa di negara kuat pegangan Katolik diperintah haluan kanan dan semakin melihat serangan terhadap orang asing termasuk Muslim.

Dia mengimamkan solat jenazah dengan takbir didengar empat kali sebelum memberi ucapan ringkas kepada ribuan orang hadirin dalam dewan yang dipenuhi bunga di tempat 19 keranda disusun.

“Masyarakat Muslim di Genoa, Liguria dan seluruh Itali mendoakan kesejahteraan ke atas kamu semua. Genoa pasti mampu sembuh. Genoa kita yang dalam bahasa Arab bermaksud ‘yang indah’,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis turut dihadiri Presiden Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giuseppe Conte.

Jumlah kematian dijangka meningkat dalam pada anggota penyelamat menemui lebih mayat di dalam sebuah kereta sejurus sebelum majlis pengebumian berkenaan dimulakan.

Berita berkaitan:

‘Nasib saya selamat’

Disiarkan pada: August 19, 2018 @ 12:00am
d