global

Wanita dipenjara hina azan

Oleh AFP

MEDAN: Seorang wanita dipenjara 18 bulan, hari ini kerana merungut mengenai pembesar suara azam di Indonesia dalam kes penghinaan agama terbaharu di negara majoriti Muslim itu.

Meiliana, 44, seorang etnik Cina beragama Buddha didapati bersalah menghina Islam, selepas meminta masjid di kejiranan beliau menurunkan bunyi pembersar suara kerana ia ‘terlalu kuat sehingga menyakitkan telinga’.

Difahamkan, terdapat kira-kira 800,000 masjid di seluruh negara kepulauan itu dan laungan azan dapat di dengar di mana-mana bandar besar sehingga ke pekan kecil.

Keputusan mahkamah itu dijangka meningkatkan kebimbangan jenama sederhana Islam di Indonesia diancam pengaruh pelampau Islam.

Mahkamah di bandar Medan, Sumatera berkata, kenyataan wanita itu, dua tahun lalu mencetuskan huru hara yang menyaksikan penduduk Islam yang marah menyerang tokong Buddha.

Ada penduduk etnik Cina di kawasan itu sehingga melarikan diri kerana ketakutan.

Disiarkan pada: August 21, 2018 @ 11:33pm
d