global

Abang tikam adik 28 kali

Oleh AFP

MAHKAMAH Austria semalam, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki Afghanistan, selepas didapati bersalah menikam adik perempuan sendiri 28 kali dalam kes pembunuhan maruah.

Lelaki berusia awal 20-an itu mengaku bersalah membunuh adik perempuannya pada September 2017. Dia dikenakan hukuman maksimum.

Ketika insiden, mangsa berusia 17 atau 18 tahun. Dia melarikan diri daripada keganasan rumah tangga yang dilakukan bapa dan abang sendiri.

Mangsa kemudian tinggal di sebuah pusat perlindungan, namun ditemui abangnya ketika dalam perjalanan ke sekolah.

“Motif pembunuhan ini disebabkan pandangan maruah yang bertentangan dengan nilai masyarakat di tengah Eropah,” kata hakim Stefan Apostol dipetik agensi berita APA.

Disiarkan pada: August 23, 2018 @ 7:40am
d