global

Nak tukar nama jadi Syria

Oleh Agensi

Siberia (Russia): Sebuah pekan kecil yang daif di Russia sedang berusaha menukar nama penempatan itu kepada ‘Syria’ kerana menganggap ia dapat memastikan Moscow memberikan lebih banyak perhatian serta peruntukan kepada mereka.

Enam ratus penduduk pekan Bungur tidak tahan dengan keadaan jalan yang rosak teruk selain bekalan air dan elektrik yang tidak konsisten, malah mereka juga tiada perkhidmatan kesihatan atau sekolah, lapor The Times.

Sergei Zhavronkov, antara penduduk yang mengetuai misi itu dipetik Russian Insight berkata: “Kami tidak mengharapkan banyak, namun perancangan kami untuk menukar nama Bungur menjadi Syria sebelum memohon bantuan kemanusiaan daripada kerajaan.

“Ini bukan jenaka, kerajaan membantu Syria dan kerosakan di sana sama saja teruknya dengan dialami kami di sini. Tetapi kami langsung tidak mendapat bantuan atau perhatian.

“Memang tiada apa-apa di sini, cuma tanah perkuburan.”

Menurut penduduk mereka sudah meminta bantuan pihak berkuasa sejak berdekad lalu namun tiada perubahan.

http://www.odditycentral.com/news/siberian-village-to-change-name-to-syr...

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 12:19am
d