global

Juruterbang maut, jet F-5 terhempas

Oleh AFP

TEHRAN: Seorang juruterbang terbunuh apabila jet pejuang F-5 milik Iran yang dikendalikannya terhempas di selatan negara itu hari ini, kata media tempatan.

Agensi berita IRNA melaporkan, pesawat dalam latihan itu terhempas ketika cuba mendarat di Dezful di barat daya wilayah Khuzestan.

Juruterbangnya terbunuh tetapi pembantu juruterbang selamat dan dimasukkan ke hospital. Punca kemalangan masih belum diketahui.

Menurut anggaran penilaian terbaru Jane IHS Markit, Iran membeli jet pejuang F-5 daripada Amerika Syarikat sebelum revolusi Islam 1979 dan terdapat 48 buah masih dalam perkhidmatan.

Minggu lalu, Tehran melancarkan jet pejuang rekaan tempatan yang hampir menyamai model F-5. - AFP

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 9:42pm
d