global

Jaring punca 300 penyu mati

Oleh Reuters

SANTA MARIA COLOTEPEC: Kira-kira 300 penyu laut terancam ditemui mati di selatan pantai Mexico semalam, terperangkap dalam jaring ikan, tidak lama selepas lebih 100 bangkai haiwan itu dijumpai.

Nelayan di negeri Oaxaca menemui bangkai penyu itu di tepi pantai Barra

de Colotepec, kata penyelaras agensi perlindungan sivil negeri, Heliodoro Diaz.

Imej yang dirakamkan juruvideo Reuters menunjukkan puluhan bangkai penyu, kebanyakannya sudah mula reput, terperangkap dalam jaring.

Penyu lipas itu (olive ridley), yang dikatakan pihak berkuasa Mexico diancam kepupusan, berukuran 75 sentimeter panjang dan seberat 45 kilogram.

Sejak Mei hingga September lalu, ia muncul di banyak negeri Mexico sepanjang Lautan Pasifik untuk bertelur.

Mexico, lokasi kepada enam daripada tujuh spesis penyu laut dunia, mempunyai program kekal melindungi reptilia itu termasuk hukuman jenayah kepada mereka yang membunuh ia.

Pejabat pendakwa raya persekutuan bagi perlindungan alam sekitar (PROFEPA) akan menyiasat perkara itu.

Awal bulan ini, pihak berkuasa berkata mereka menyiasat kematian 113 penyu lain yang diancam kepupusan iaitu 102 penyu lipas, enam jenis hawksbill dan lima spesis penyu hijau, dalam pusat perlindungan di negeri Chiapas.

Disiarkan pada: August 29, 2018 @ 10:52am
d