global

Mahu ambil gambar, tapi jatuh laut

Oleh Agensi

AKIBAT asyik bermain telefon bimbit, seorang penumpang feri terjatuh ke dalam laut dan terpaksa berenang ke pulau terpencil berhampiran di mana dia terkandas dua hari tanpa makanan atau minuman, malah kehilangannya langsung tidak disedari sesiapa di atas kapal berkenaan.

Hisateru Soejima, 53, berenang dalam air laut yang sejuk ke Pulau Hashima selepas melihat cahaya rumah api di situ, lapor Daily Mirror.

Soejima dilaporkan menaiki feri itu dari Fukuoka ke Shikanoshima dalam pelayaran yang sepatutnya mengambil masa 30 minit.

Kira-kira 20 minit selepas berlayar, dia naik ke dek untuk mengambil gambar tetapi tergelincir dan terjatuh ke dalam laut.

Melihat cahaya rumah api, dia berenang ke arah pulau itu dan pengsan sebaik sampai. Soejima menghabiskan dua hari di pulau berkenaan dan buntu kerana tiada jalan keluar dari situ.

Lebih malang lagi, kehilangannya langsung tidak disedari bererti tiada usaha langsung untuk mengesannya, lapor Sora News 24.

Soejima bagaimanapun bernasib baik apabila melihat bot lalu di situ dinaiki dua kaki pancing pada jam 6.30 pagi, Rabu lalu, dan berjaya menarik perhatian mereka.

https://www.mirror.co.uk/news/world-news/drunk-man-falls-ferry-swims-131...

Disiarkan pada: September 1, 2018 @ 9:09pm
d