global

'Siang' mayat isteri

Oleh Agensi

Missouri (Amerika Syarikat): Bapa kepada dua anak menghabiskan lapan jam mengerat mayat isterinya yang mati ketika melahirkan anak bongsu mereka di bilik hotel di Missouri, Amerika Syarikat.

Dia berbuat demikian kerana bimbang pihak berkuasa akan merampas anak-anaknya.

Justin Rey, 36, memberitahu mahkamah dia tidak memanggil talian kecemasan selepas isterinya Jessica melahirkan anak dan kemudian membunuh diri dalam kejadian Oktober lalu itu.

Rey ditemui bersama bayi baru dilahirkan itu dan anak perempuannya berusia dua tahun selain beg berisi sisa mayat di tempat simpanan di Lenexa, Kansas.

Menurutnya, dia dan dua anaknya cuma singgah berehat di tempat simpanan berkenaan kerana mahu ke Arizona untuk menyempurnakan mayat isterinya.

Daily Mail melaporkan, seorang detektif berkata Rey melapah mayat isterinya sebelum mengambil gambar dengan sisa mayat bersama anak-anaknya dan membuang beberapa sisa ke dalam jamban.

Rey tidak didakwa berhubung kematian isterinya namun berdepan tuduhan membahayakan kanak-kanak serta mengabaikan mayat, lapor akhbar Kansas City Star.

Dia juga mendakwa cuma membuang uri ke dalam jamban.

“Saya tiada pilihan. Saya terlalu sayangkan keluarga, mereka amat penting bagi saya dan perlu dilindungi,” katanya.

Disiarkan pada: September 5, 2018 @ 5:40pm
d