global

Stesen jana kuasa di utara Hokkaido musnah

Oleh Reuters

TOKYO: Kira-kira 2.95 penduduk di utara Hokkaido terputus bekalan elektrik selepas stesen jana kuasa milik Hokkaido Electric Power musnah dalam gempa bumi, awal pagi tadi.

Menurut Hokkaido Electric Power, stesen kuasa yang dijana menggunakan arang batu itu ditutup sebaik sahaja insiden gempa bumi berlaku.

“Loji Tomato-Atsuma yang dikendalikan oleh Hokkaido Electric Power itu membekalkan tenaga sebanyak 350 megawatt (MW) menerusi unit 1, manakala 600 MW (unit 2) musnah dalam gempa bumi,” kata Kementerian Industri tanpa mendedahkan butiran lanjut kerosakan.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata, Hokkaido Electric Power sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi loji menerusi unit 4, yang berupaya membekalkan 700 MW, tanpa menjelaskan tempoh ia akan berbuat demikian.

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 12:25pm
d