global

Tak mampu tampung Syria: Erdogan

Oleh Reuters

ISTANBUL: Turki tidak mampu lagi mengambil lebih ramai pelarian dari Syria, kata Presidennya, Recep Tayyip Erdogan ketika sidang kemuncak bersama pemimpin Russia dan Iran di Tehran hari ini.

Turki setakat ini menerima 3.5 juta pelarian dari Syria sejak permulaan perang saudara tujuh tahun di negara itu.

Erdogan memberi jaminan Jun lalu untuk membantu kepulangan pelarian terbabit.

Presiden Turki itu bercakap dalam satu sidang kemuncak di Tehran bersama pemimpin Iran dan Russia, di mana mereka bertemu bagi membincangkan nasib wilayah ditawan pemberontak, Idlib.

Erdogan berkata, langkah akan diambil bagi menghalang perpindahan lanjut dari Syria.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) menganggarkan, jika tentangan itu berlaku, 800,000 orang akan kehilangan tempat tinggal.

Disiarkan pada: September 7, 2018 @ 10:03pm
d