global

13 korban bas, lori bertembung

Oleh AFP

KANDAHAR, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan 25 yang lain cedera apabila sebuah bas bertembung dengan lori yang diletakkan dibahu jalan sebelum terbalik, di selatan Afghanistan, kata seorang pegawai.

Jurucakap polis wilayah Kandahar, Abdul Bashir Khaksar berkata, kemalangan itu berlaku di daerah Zherai, dalam wilayah Kandahar.

Jurucakap gabenor, Mohammad Aziz Azizi berkata, lori itu tidak bergerak ketika ia dilanggar oleh bas terbabit, kira-kira jam 6.00 pagi waktu tempatan.

Katanya, bas itu membawa 40 penumpang dari wilayah Helmand yang berjiran dengan Kandahar sebelum ia bertembung lalu terbalik.

Bagaimanapun, Azizi mengatakan angka kematian berjumlah 15 orang dan ia termasuk kanak-kanak serta wanita.

Masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mangsa yang berada di dalam bas.

Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang biasa berlaku di Afghanistan kerana kebanyakan pemandunya yang suka melanggar peraturan dan keadaan jalan raya yang teruk.

Disiarkan pada: September 8, 2018 @ 6:18pm
d