global

Buka pejabat sebelah, sebelah

Oleh AFP

KAESONG: Korea Utara dan Selatan membuka pejabat perhubungan bersama di bandar utara di sini hari ini ketika hubungan semakin baik dua negara sebelum kunjungan Presiden Moon Jae-in ke Pyongyang minggu depan.

“Satu era baharu sejarah dibuka hari ini di sini. Pejabat perhubungan ini adalah satu lagi simbol perdamaian diwujudkan secara bersama oleh Korea Selatan dan Utara,” kata Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon dalam satu upacara, menurut satu laporan.

Bangunan itu termasuk pejabat berasingan untuk Korea Utara dan Selatan serta bilik persidangan bersama, bertujuan memudahkan perhubungan merentasi sempadan susulan Sidang Kemuncak Panmunjom antara Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, kata kementerian berkenaan.

Seoul dan Pyongyang berhasrat meneruskan projek bersama dalam pelbagai bidang sejak pertemuan April lalu di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagikan dua semenanjung itu, walaupun ketika usaha Amerika Syarikat (AS) memastikan Korea Utara mematuhi gencatan senjata terhenti.

Jae-in dijangka mengunjungi ibu kota Korea Utara itu Selasa ini untuk lawatan tiga hari, pertemuan ketiga dengan Jong-un selepas beliau memulakan hubungan diplomatik di semenanjung dan membantu pertemuan antara Jong-un dan Presiden Donald Trump di Singapura Jun lalu.

Jae-in berkata semalam, Korea Utara bersedia ‘melaksanakan gencatan senjata’ sementara AS sanggup ‘menamatkan hubungan permusuhan’ serta menyediakan jaminan keselamatan namun ‘wujud sekatan oleh kerana kedua-dua pihak menuntut satu sama lain bertindak terlebih dulu.

Disiarkan pada: September 14, 2018 @ 2:51pm
d