global

Hujan lebat terus melanda

Oleh Reuters

Carolina Utara: Carolina Utara menerima hujan lebih lebat semalam yang dibawa Ribut Florence, menyebabkan hubungan ke bandar Wilmington terputus, manakala puluhan ribu rumah mengalami kerosakan.

Ia turut menyebabkan banjir buruk apabila paras sungai semakin melimpah, dalam pada angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 16 orang.

Florence menurun kekuatan menjadi ribut tropika semalam, dengan membawa sehingga 100 sentimeter hujan di beberapa bahagian di Carolina Utara sejak Khamis lalu.

Hujan lebat juga terus melanda negeri itu serta timur Carolina Selatan, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Lebih 900 orang diselamatkan daripada banjir dan 15,000 masih berada di pusat perlindungan di negeri itu.

Kebanyakan yang diselamatkan berada dalam bot di Wilmington, bandar raya dengan 117,000 penduduk di semenanjung antara Sungai Cape Fear dan Lautan Atlantik.

Disiarkan pada: September 18, 2018 @ 4:00pm
d